Iklan

20 Januari 2015

Berbasikal lipat ke Bukit Fraser

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Rancangan nak berkayuh ke Bukit Fraser ini berlaku hari Sabtu lepas. Rancangannya seperti biasa dibuat pada minit-minit terakhir malam sebelum hari kejadian. Tak ada persiapan atau perancangan khusus untuk kayuhan santai bersama basikal lipat atau folding bike ini. Solo pun jadi. Berbekalkan keazaman yang begitu tinggi dan juga sebuah basikal lipat kepunyaan mak gua, maka terjadilah projek berbasikal lipat ke Bukit Fraser ni.

Sebenarnya basikal lipat model Raleigh Ugo ini milik ibunda kesayangan. Saja la gua pinjam nak cuba testing tengok jauh mana boleh pergi sikit. Selalu hujung-hujung minggu macam ni mak gua akan kayuh di sekitar Taman Tasik Metropolitan atau pun berhampiran Taman Layang-Layang di Kepong. Sana tak kira pagi ke petang memang ramai orang berkayuh. Gua pujuk pujuk sikit mak gua nak pinjam basikal lipat ni untuk seharian. Hari Ahad kita pulang la balik. Semalam pagi Ahad sempat lagi gua bawa mak gua kayuh dekat program Pagi Bebas Kenderaan Kuala Lumpur 2015 di Dataran Merdeka.

Kenapa tak naik basikal bukit (MTB) gua tu? Gua dah cuba dah 3 tahun lepas dengan MTB gua tu. Masa tu pun solo ride jugak naik Buit Fraser. Kali ni saja nak cuba tengok macam mana perasaan atau feeling naik basikal lipat untuk kayuhan jarak jauh ni. Lepas ni boleh bagi review sikit pasal basikal lipat Raleigh Ugo ni nanti. Gua Google tengok di blog-blog lain ada je geng uncle-uncle Cina selamba hadap je naik basikal lipat layan Bukit Fraser. Takkan gua tak boleh kot. Nampak? Punya semangat.

KTM Segambut - KTM Kuala Kubu Bharu - Bukit Fraser


Oleh kerana basikal lipat dibenarkan untuk dibawa naik ke dalam tren, gua saja nak cuba naik KTM Komuter. Untuk ke Bukit Fraser, gua naik KTM Komuter dari Stesen KTM Segambut hingga ke Stesen KTM Kuala Kubu Bharu. Tambang tren hanya RM 5.10 sahaja sehala. Jam 7.15 pagi baru keluar rumah. Gua kayuh dari rumah hingga sampai stesen Segambut, lipat basikal dan terus naik tren pada pukul 7.50 pagi. 

Dalam tren Komuter, banyak mata-mata yang memerhati seorang lelaki gemuk lagi aneh dengan basikal lipatnya di tepi. Mungkin jarang depa nampak orang bawa basikal lipat masuk ke dalam tren komuter. Sampai di Stesen KTM Rawang, kita perlu turun dan tukar semula keretapi lain untuk ke Kuala Kubu Bharu. Kena usung basikal balik lintas jejantas ke platform lain. Lenguh la jugak. Tak ringan jugak basikal ni kalau dok angkat selalu woi !

Lebih kurang pukul 10.00 pagi, baru tiba ke destinasi iaitu Stesen KTM Kuala Kubu Bharu. Dari sini, baru bermula kayuhan sebenar menuju puncak kegemaran ramai iaitu Bukit Fraser !


Basikal lipat Raleigh Ugo di atas platform menunggu kehadiran tren.

Menunggu ketibaan Komuter di KTM Segambut bersama basikal lipat.

Basikal lipat dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam komuter. Tak perlu risau.

Letak basikal lipat di sebelah tempat duduk di dalam komuter menuju ke Kuala Kubu Bharu.

Tren komuter Rawang-Tanjung Malim lebih laju kerana stesen yang lebih jauh di antara satu sama lain.

Melintasi Stesen KTM Rasa.

Basikal lipat Raleigh Ugo selamat sampai di Stesen KTM Kuala Kubu Bharu.

Bermula kayuhan sebenar dari Stesen KTM Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser.

Berhenti bersarapan pagi di pasar pekan Kuala Kubu Bharu.

Pasar pagi Kuala Kubu Bharu yang agak sibuk pada hujung minggu.

Jarak dari Stesen KTM Komuter Kuala Kubu Bharu hingga ke Bukit Fraser lebih kurang 45 KM.

Kayuhan dari pekan Kuala Kubu Bharu menanjak naik hingga ke Bukit Fraser.

Bila bahang terik mentari yang semakin meninggi. Baru rasa erti penyesalan.

Pemandangan indah sepanjang perjalanan naik ke Bukit Fraser. Ada sungai di bawah jambatan yang merentangi lembah.

Kayuhan terasa seperti dah rasa lama dari pekan KKB, tapi Empangan Kuala Kubu Bharu masih belum kelihatan.

Singgah di Empangan Sungai Selangor atau juga dikenali sebagai Empanagn Kuala Kubu Bharu.

Berehat menikmati pemandangan indah Empangan Kuala Kubu bersama basikal lipat Raleigh Ugo.

Apabila terasa lenguh peha mengayuh, berhenti dulu tengok pemandangan Empangan KKB. Abang tak ada bag bagai, ikat bag plastik aci tak ?

Jam 11.15 pagi masih melayan perasaan di Empangan Kuala Kubu Bharu. Bila nak mula kayuh ni woi !

Pengunjung-pengunjung luar yang turut serta menyaksikan panorama indah di Empangan Kuala Kubu Bharu.

Kayuh tak setara mana, berehat je lebih. Memerut dulu !

Jalan sunyi selepas melepasi Sungai Chilling. Jumpa uncle ni tepi jalan. Melepak sembang jap.

Ada banyak sungai-sungai kecil sepanjang perjalanan dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser. 

Sungai yang jernih di bawah jambatan. Basuh muka dan basahkan badan akibat panas melampau.

Jambatan dengan selekoh tajam. Banyak kereta dah terbabas di sini bila turun dari Bukit Fraser.

Sunyi sepi. Agak keletihan bila berhadapan dengan cuaca panas ni. jauh lagi nak sampai di Gap Bukit Fraser.

Berkayuh sorang-sorang di jalan hutan yang sunyi ni macam-macam bunyi anda dapat dengar.

Selepas satu selekoh dan selekoh yang lain. Air dah nak habis.

Raleigh Ugo dengan tayar 20 inci. Dia tak lajak mcam MTB. Makan tenaga lebih sikit bila naik bukit.

Berhenti rehat lagi sorang-sorang dalam hutan. Sesekali selisih dengan kereta yang naik ke Bukit Fraser.

Cuaca panas dengan kaki lenguh kayuh naik bukit. Psiko woo ! Macam-macam terbayang dalam kepala.

Jumpa bangku buluh tepi jalan. Monyet liar pun banyak. 

Tak lepak lama. Monyet liar kacau nak roti dalam plastik tu. Gua pun lapar wei !

Kereta dan lori yang selisih jeling semcam tengok gua sorang-sorang dekat sini.

Bila dah penat sangat, kayuh 500 m berhenti. Kayuh sat berhenti. Berpuluh KM lagi nak sampai Gap Bukit Fraser tu.

Bekalan roti terakhir. Kalau la boleh dapat nasi ke cendol tengah-tengah hutan ni kan sedap.

Air Terjun Semangkuk di kanan jalan menghala naik ke Bukit Fraser. Ambik angin sejuk.

Kawasan Sir Henry Gurney mati dibunuh oleh serangan hendap pengganas komunis suatu masa dulu di jalan Kuala Kubu-Bukit Fraser ini.

Akhirnya sampai di Gap Bukit Fraser pukul 4.00 petang setelah berkayuh hampir 5 jam dari KKB tadi.

Nak lajak ke Bentong atau Raub terus turun bukit. Nak ke Bukit Fraser kena naik bukit lagi 8 KM !

Berehat sekejap di Gap. Lemau habis badan ni. Air dah habis langsung. Kedai minum dekat Gap ni pulak tak bukak.

Berhenti tadah air mata air yang mengalir masuk botol. Kehausan sangat nak menghabiskan saki baki Bukit Fraser ni.

Jalan Gap-Bukit Fraser yang muat-muat sebuah kereta sahaja. Kalau masa dulu jalan ni dua hala. Sekarang dah ada jalan turun yang lain.

Sampai tahap ni anda akan terfikir wang ringgit anda ada tapi tiada nilai. Sorang-sorang dalam hutan, keletihan, air dan makanan habis. Nak beli tak boleh.

Jalan Gap-Bukit Fraser ni lebih mencanak berbanding jalan KKB ke Gap. Gua dah sampai tahap menolak basikal.

Nak habiskan sekilo pun perit bila kayuh naik Bukit Frasr ni. Menyumpah-nyumpah dalam hati.

Bila tak larat gua berhenti kayuh. Kadang-kadang tu hampir tertidur keletihan.

Macam-macam perasaan bermain di fikiran nak habiskan kayuhan beberapa kilometer terakhir di Bukit Fraser ni. Rasa nak je lipat basikal tumpang mana-mana kereta.

Bahagian ni memang gua dah tolak sepenuhnya. Dah nampak dah papan tanda Bukit Fraser tapi tak mampu nak kayuh dah. Teringat nak cari air dan makanan je dulu. 

Mujur jumpa kedai runcit. Rasa nikmat dapat pekena Maggi dan air bergula. Habis sebotol tu gua lagah.

Alhamdulillah. Akhirnya berjaya jugak basikal lipat Raleigh Ugo menjejak Bukit Fraser.

Hanya yang pernah merasainya tahu betapa perit dan terseksanya nak kayuh ke Bukit Fraser.

Lega dapat makan dan minum. Tenaga dah ada semula. Punggung pulak dah lebam.

6.20 petang. Waktu rasmi sampai di puncak Bukit Fraser dengan basikal lipat dari KKB. 

Pejabat Pos Bukit Fraser.


Menara Jam Bukit Fraser.

Abang dah buktikan walaupun dengan hanya 7-speed, basikal lipat mampu tawan Bukit Fraser.


Senibina kolonial di Bukit Fraser.


Singgah menunaikan kewajipan di Masjid Bukit Fraser.

Alhamdulillah. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran semasa nak kayuh naik tu, sampai jugaklah basikal lipat Raleigh Ugo abang ni ke Bukit Fraser. Bergenang air mata dan bersorak kegembiraan abang ! Kalau boleh nak 'sep' semua orang yang ada di atas Bukit Fraser tu !

Kalau ikutkan perancangan asal, abang ingat nak turun balik semula ke pekan Kuala Kubu Bharu lepas waktu Asar. Masalah dia sekarang masa dah lari jauh banyak. Nak dekat Maghrib jugak, baru abang sampai puncak Bukit Fraser ni. Bila masa pulak nak turunnya. Kalau malam-malam macam ni kayuh turun tobat lahum jalan hutan tu gelap.

Gua ingat nak bermalam je di Masjid Bukit Fraser ni, subuh pagi esok baru turun balik ke Kuala Kubu Bharu. Tapi cuaca boleh tahan sejuk mencucuk-cucuk atas ni. Yang ada dengan abang hanya kain pelikat sehelai. Tak ingat pulak sebelum tu nak bawa kelengkapan untuk tidur oleh kerana ingatkan sempat nak balik hari.

Kebetulan adik abang telefon tanya abang malam tu. Dia dengan abah abang nak datang ambik malam tu. Cantik jugak tu. Kalau nak ikutkan sebenarnya gua malas nak menyusahkan siapa-siapa. Baik keluarga mahupun kawan. Gua dah pandai buat pandai la gua tanggung risiko. Tapi elok jugak la nak datang ambik. Kalau tak keras kesejukan gua malam ni kat puncak Bukit Fraser ni.


Suasana malam di Bukit Fraser. Tak semeriah Cameron Highland.

Masih setia dengan basikal lipat Raleigh Ugo dalam kesejukan malam Bukit Fraser.

Ada restoran belakang tu. Malam minggu nampak la jugak orang berjalan-jalan di Bukit Fraser ni. 

Malam-malam  ni dah tak ada kereta yang naik ke Bukit Fraser.

Selain balai polis, klinik desa pun ada di Bukit Fraser.

Balai polis Bukit Fraser di waktu malam.

Tempat penginapan Puncak Inn di Bukit Fraser.

Kedai-kedai kecil yang telah ditutup berhampiran menara jam Bukit Fraser.

Sebahagian daripada kawasaan yang cerah di Bukit Fraser.

Dekat atas Bukit Fraser ni ada jugak pengunjung yang tanya abang sewa basikal dekat mana? Abang bagitahu kayuh sendiri dari Kuala Kubu Bharu. Dengan basikal lipat? Lagi depa tak percaya.

Sebelum nak kayuh mana-mana pun buatlah perancangan yang teliti. Jangan jadi macam abang. Terlajak masa. 

26 ulasan:

  1. ada tak bus dari ktm kuala kubu bharu ke bukit fraser? ingat nk try pergi sana la.

    btw tahniah! haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trimas ! Tak ada bas ulang alik antar KKB ke Bukit Fraser. Kena naik teksi atau pun bawa kenderaan sendiri je.

      Padam
  2. Sakit pungkok oih naik basikal lipat neh, dah la tayar kecik, penat ngayuh.
    melecet dop?

    -hannan-
    -www.kembaraanakmuda.com-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melecet pungkoq tu pasti. Berehat dulu sementara waktu bagi lega sikit. Haha

      Padam
  3. wow.tahniah berjaya sampai.determination yg tinggi!:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ! Gigih jugak nak kayuh ke Bukit Faser :)

      Padam
  4. Tahniah. Kami berbasikal dekat tmn botani ke pon dah pancit T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taman Botani mana ni ? Taman Botani Shah Alam? Yang tu saya pun pancit. Hihi

      Padam
  5. bravo bro! inspiring!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih geng ! Harus cuba ! Haha :)

      Padam
  6. Balasan
    1. Best ya amat !

      Azab punggung abang menerima ujian. Haha

      Harus cuba !

      Padam
  7. kita baru nk survey2 beli basikal.. mcm best ek abg kayuh basikal g bukit Fraser

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak best kayuh basikal ke Bukit Fraser, hakikatnya hanya tuhan saja yang tahu betapa peritnya. Haha

      Padam
  8. Berapa harga basikal ni.. agak2 kedai yg harga berpatutan kat mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga basikal Raleigh Ugo ni dalam lingkungan RM800-RM900.
      Sekarang ni susah sikit nak dapat basikal ni sebab permintaan tinggi.
      Saya beli di kedai basikal Taman Sri Sinar, Kuala Lumpur.

      Padam
  9. baru jumpa blog abg hazwan ni .. baca2 dri atas sampai kebawah... memang mengingatkan pengalaman kita serupa ...tahun 2013 bulan december tak silap ,adik .... bawa naik basikal lipat ... start dri pekan K.K.B tu ke Bkt.Fraser. masa tu pegi dgn 6 orang kwn2 ( suma mmg lasak ) ..

    Ya Tuhan , menangis memang menangis tak berlagu ... tapi yang paling best waktu jumpa air terjun dgn pemandangan waktu rehat dlm perjalanan , tak satu pun yang luput dri pemikiran. Azam kitaorg masa tu mmg nak pecah rekod cuba tak pakai mana2 transport selain kaki ,tangan dan basikal tu sahaja .. air mineral dan roti bapa bungkus .. sanggup bhgi separuh2 sebab tak ckup ... tapi , mmg mengajar diri untuk tabah hadap sengsaranya. Itu baru naik nak capai bukit .. haha..
    gud job for u,bro .. and Congrats ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai adik. Haha.

      Apa pun tahniah berjaya juga kita sampai ke puncak Bukit Fraser dengan hanya berbekalkan basikal lipat.

      Waktu kayuh menyesal, bila balik dok pikir
      "bukit mana pulak aku nak kayuh lepas ni?"

      Padam
  10. Tahniah bro. Semangat tahap gaban ni. Nasihat utk sesiapa yg nak try naik,elok berkumpulan. Hutan besar kat situ, macam2 boleh jadi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Saja syok-syok buat kerja gila ni.

      Padam
  11. Tahniah...sampai juga dipuncak

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...