Iklan

29 Disember 2017

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 3: Bali-Labuan Bajo



Dari Air Terjun Nungnung & Jambatan Tukad Bangkung kami menghala balik ke Kuta dalam pukul 10.00 pagi macam tu. Nak kena check-out pukul 12.00 tengahari. Beg tak kemas apa lagi ni. Pukul 2.30 petang nak kena naik flight dari Bali ke Labuan Bajo pulak.

Dalam perjalanan balik kami disajikan pemandangan teres-teres padi di kawasan perkampungan pulau Bali. Selain tu ada beberapa sekatan jalan raya melibatkan ritual keagamaan penduduk setempat. Walaupun muka nak lebih kurang sama, tapi majoriti masyarakat di Bali beragama Hindu.

Depa berarak di sepanjang jalan raya pada pagi hari Ahad. Tak pasti abang setiap hujung minggu macam ni atau hari yang abang pi tu ja.

Kena berhenti sat di tepi bahu jalan untuk memberi laluan kepada perarakan ritual keagamaan agama Hindu. Masa ni la hang nak tengok bagaimana budaya dan adat mempengaruhi suasana setempat. Bukan nak tengok awek pakai baju kebaya. Jangan salah faham. Haha.


Kena berhenti sat tepi jalan bagi laluan kat depa berarak.

Abang tak pasti ritual keagamaan apa yang berlangsung pada pagi hari Ahad ni di Bali. Tapi 2-3 kali jugak abang kena berhenti bagi laluan kat perarakan ni.

Eh apa ni keluar barisan. Takkan semata-mata nak lalu sebelah abang. Huhu.

Abang sampai semula di Pavilion Hotel Kuta cun-cun 10 minit sebelum pukul 12.00 tengahari. Kelam kabut kemas beg untuk checkout. Lewat sikit takpa takda masalah. 

Swimming pool kat Pavilion Hotel Kuta nampak syok tapi abang tak dan nak bermandi manda. Tak sempat. Dah dok ke sana ke sini sepanjang sehari semalam kat Bali ni. Rugi pulak rasa.

Abang sangat mencadangkan mereka yang datang bercuti ke Bali untuk menginap di Pavilion Hotel Kuta ni. Walaupun hotel ni dia takdalah sebesar mana tapi suasana persekitaran dia yang nampak 'Bali' tu yang rancak!

Kami siap mintak tolong mas kat receptionist Pavilion Hotel Kuta ni untuk print out boarding pass kami ke Labuan Bajo.

"Emailkan aja ya, bisa dicetak"

Staff yang ada kat sini sentiasa senyum & membantu. Lupa pulak abang nak ambik gambaq macam mana rupa bilik. Tapi berbaloi la dengan modal RM80 semalam walaupun tak ada sarapan pagi. Boleh usya kat Traveloka kalau nak booking. Murah lagi berbanding pi walk-in.

Sayang tak dan merasa nak terjun kolam Pavilion Hotel Kuta ni. Mampu tengok je la dari jauh.

Sayang betul la nak tinggal Bali ni. Dah hari ni nak ke Labuan Bajo pulak. Kalau abang dapat cuti lama, dah lajak dah dok Bali ni 2-3 hari. Dah gatal sangat nak cover dari Nusa Tenggara Timur sampai Nusa Tenggara Barat, terpaksa la hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam masa seminggu ni.

Kami meninggalkan Pavilion Hotel Kuta dengan motor sewa menuju Bandara Gusti Ngurah Rai. Sebelum tu kami berhenti makan dulu sat kat KFC Kuta ni. Lapik perut dari pagi tadi tak makan.

Nampak? Bab makan tak pernah nak kalah. McDonalds la, Kepsi la. Dah tu ja tempat yang rasa selamat sikit nak makan kat Bali ni. Agenda Yahudi betul semua ni. Haha.

Tapi makan la Kepsi kat mana pun tak sama dengan Kepsi kat Malaysia. Rasa KFC kat Indonesia ni lain maciam sikit. Entah la tak berapa nak kena dengan tekak orang melayu Malaysia abang ni. Snack Plate tak sama dengan kita. Takda coleslaw tak berapa nak padu. Sos dia pun masin macam mana entah nak habaq. Sos Life pun takda lagi la tak kena. Haha.


Beli KFC kat Indonesia ni percuma CD. Boleh pilih nak CD cerita atau CD lagu MP3. Ada lagi ka orang dok tengok cerita pakai CD sekarang ni?

Penerbangan abang & adik abang dari Bali ke Labuan Bajo petang tu sepatutnya pukul 2.30 p.m tapi tertangguh hampir sejam. Dalam pukul 3.30 p.m baru dia panggil masuk. Ingatkan dah masuk gate yang betul, rupanya kena naik bas lain transit pulak ke kapal terbang.

Tapi banyak jugak penerbangan lain yang tertangguh pada petang tu. Mula-mula tu abang tak pasti ada kena mengena tak dengan letusan Gunung Agung waktu tu, tapi berita di Indonesia memang dok putar berita erupsi Gunung Agung ja waktu tu. Banyak penduduk yang kena pindah sebelum tu lagi.

Nak dijadikan cerita Airport Ngurah Rai Bali ni betul-betul tutup keesokkannya, hampir 3 hari dia tutup oleh kerana debu vulkanik (masa tu abang dah sampai Labuan Bajo). Fuh selamat betul! Kalau tak memang terkandas la abang kat Bali ni. Tuhan sebaik-baik perancang.

Flight Bali-Labuan Bajo ni pun abang beli 2 minggu sebelum bermula Trip Segera Trans Nusa Tenggara ni. Adik abang yang tolong belikan guna Traveloka. Promote lagi Traveloka. Haha.

Harga tiket flight Bali ke Labuan Bajo memang mahal kalau beli lambat. Abang beli hari tu kena dekat RM270! Dengan harga tu boleh beli tiket pergi balik KL-Bali woo!

Dah nak merasa sangat tengok bumi Flores terpaksa la jugak beli walaupun mahal.


Makcik-makcik Wanita UMNO cawangan Bali tengah berkelah sementara tunggu flight ke destinasi.

Penerbangan yang sepatutnya jam 2.30 petang dari Bali ke Labuan Bajo tertunda hampir sejam. Pukul 3.15 petang baru boleh masuk.

Suasana di Bandara Ngurah Rai Bali untuk penerbangan domestik masih lagi berjalan seperti biasa walaupun sedikit terganggu akibat erupsi Gunung Agung.

Letusan Gunung Agung yang berlaku hari tu mengakibatkan banyak penerbangan tergendala, tapi Bandara Gusti Ngurah Rai masih lagi dibuka.

Penerbangan dari Bali ke Labuan Bajo dengan Nam Air. Dia bagi ayaq mineral & cupcake dalam beg kertas walaupun sejam je perjalanan.

Membelah ruang udara Nusa Tenggara dari Bali ke Labuan Bajo. Naik flight sejam memang tak rasa lama mana, tunggu la waktu balik lintas jalan darat balik semula ke Bali nanti.

Brader yang duduk sebelah abang ni abang dia meninggal. Bergegas balik dari Bali hari tu jugak ke Labuan Bajo.

Dah nampak dah pulau-pulau kecil di sekitar Labuan Bajo.

Selamat mendarat di Bandar Udara Komodo Labuan Bajo.

Bandar Udara Komodo Labuan Bajo ni baru je siap bulan Disember 2015.

Airport Komodo Labuan Baju ni tak besar mana. Kecik ja. Turun flight masuk dalam bangunan terus nampak pintu keluar.

Bahagian hadapan jalan besar. Ada banyak supir & ojek di luar Bandara Komodo Labuan Bajo yang akan serbu bila penumpang keluar pintu airport

Dari Bandara Labuan Bajo nak ke pekan dia sebenarnya tak jauh mana pun. Dalam 2KM ja. Kalau nak jalan kaki pun boleh dalam setengah jam ja kalau larat.

Turun Bandara Komodo Labuan Bajo dah terus jumpa dah biawak Komodo seekor.

Ada beberapa pilihan dari Airport Labuan Bajo nak ke pekan dia. Jalan kaki, naik teksi atau naik ojek. Abang naik ojek kat luar tepi jalan besar. Ada banyak ja ojek yang akan menyapa anda bertanyakan untuk ke mana. Kena pandai nego harga.

Pemandangan kota & pelabuhan Labuan Bajo yang kelihatan dari kawasan perbukitan dari airport menuju ke pekan.





Abang mintak ojek yang abang naik berhenti sat kat bukit ni nak ambik gambaq pemandangan kota Labuan Bajo.

Kelihatan banyak bot & kapal layar di kawasan persekitaran pelabuhan Labuan Bajo. Kapal ni la yang bawak pelancong pi trip sailang sailing 'Live On Board' Komodo 2-3 hari duduk atas bot. 

Kami sampai di Labuan Bajo pun dah dekat pukul 5.00 petang. Dah la sini Maghrib masuk lagi awal daripada Bali.

Abang tukang ojek tengah dok gebang dengan abang. Sebenarnya abang sendiri pun tak berapa faham dia dok cerita apa. Abang iyakan aje.

Tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam di Labuan Bajo. Siola Hotel.

Nak tahu macam mana persekitaran di kota Labuan Bajo? Lebih kurang macam ni keadaannya. 

Abang pilih Siola Hotel ni sebab dekat dengan kawasan pelabuhan Labuan Bajo. Depan ni betul-betul warung kuliner Kampung Ujung tempat orang cari makan seafood.

Pemandangan dari beranda Siola Hotel Labuan Bajo ni. Nampak bukit kat belah sana tu? Dari sana la tempat abang ambik gambar sebelum ni.


Dah siap check-in Siola Hotel, dalam pukul 5.30 petang baru kami keluaq berjalan kat kawasan sekitar pekan Labuan Bajo ni. Pekan dia tak berapa besaq sangat, tapi jalan dia berbukit bukau sikit. Jalan tepi laut ni ja yang rata sikit pun.

Tujuan kami berjalan petang tu nak cari trip sailing balik hari ke Pulau Padar & Pulau Komodo untuk keesokkan harinya.

Tak banyak maklumat berkaitan trip sailing Komodo balik hari ni kalau cari di internet. Banyak yang abang jumpa cerita mai Labuan Bajo ni depa buat trip LOB -'Live On Board'. Contohnya belayar di 3 hari 2 malam di sekitar kepulauan Komodo yang mana kena bermalam atas bot/kapal.

Oleh kerana masa kami tak banyak & nak cover banyak tempat lain lagi (untuk makluman, abang akan ikut jalan darat & laut untuk balik semula ke Bali dari Labuan Bajo), sebab tu kami nak cari pakej trip balik hari ja ke Pulau Padar & Komodo ni.


Abang ada terbaca masa buat kajian sikit sebelum ni, kalau nak cari trip sailing Komodo boleh cuba tanya pihak hotel. Kadang-kadang mereka juga ada sediakan & tolong cari agen yang buat trip ni.

Masa abang tanya Siola Hotel tempat abang duduk hari tu dia suruh cari kat kedai-kedai depan warung kuliner Kampung Ujung.Abang & adik abang jalan la kaki pi depan tu, tapi tak nampak pun travel agent yang ada. Supermarket ada la. Ada satu kedai ni tulis ada buat trip sailing Komodo tapi tutup pulak. Jadi kami pun buat keputusan sendiri untuk meronda menuju kawasan Pelabuhan Labuan Bajo.

Abang terjumpa sederet kedai dekat-dekat dengan kawasan pelabuhan yang buat trip ke Pulau Komodo. Dah nak tutup dah kedai ni waktu nak masuk waktu Maghrib.

Kami tanya tengok depa ada buat tak trip balik hari ke Pulau Padar & Komodo. Ada sorang brader tu yang betul-betul baguih layan kami. Kata dia ada. Ni pun dah last minit. Nak cukupkan orang dalam satu bot.

Abang tanya berapa harga untuk seorang, dia kata Rp700,000. Tapi sebab dah Maghrib & nak cukupkan orang dalam satu bot, dia bagi kami dengan harga Rp550,000 untuk seorang. Tak tahulah sama ada dia bohong ka tak pasal nak cukupkan orang tu. Tapi harga yang dia bagi tu abang rasa rasional & masuk akal.

Day Trip Sailing Komodo

Pakej Balik Hari Bot Labuan Bajo-Pulau Padar-Pulau Komodo-Pink Beach-Manta Point = Rp550,000

Pakej ni siap sekali dengan makan tengahari & alatan untuk snorkeling (kaki itik & goggle). Nanti catatan seterusnya abang cerita lebih lanjut pasal makanan & snorkeling ni.

Abang kedai yang buat trip sailing Komodo ni dah pesan siap-siap kat kami untuk berkumpul depan kedai dia esok pagi pukul 5.15 pagi oleh kerana pukul 5.30 pagi bot dah nak bertolak dah!

Awal gila! Hang rasa awal sebab sini gelap awal & cerah awal. Subuh pukul 4.15 dah masuk.

Ronda-ronda kawasan sekitar pekan Labuan Bajo ni. Nak cari trip sailing Komodo balik hari. Dah lewat petang nak masuk maghrib dah waktu ni.

Jumpa ada satu tour agent ni tak jauh dari kawasan pelabuhan Labuan Bajo. Tanya tengok ada lagi trip sailing Komodo. Ada 4 tempat yang dia akan pergi, Pulau Padar, Pulau Komodo, Pink Beach & Manta Point.

Peta kepulauan di sekitar Taman Negara Komodo yang merangkumi Pulau Rinca, Pulau Padar & Pulau Komodo sendiri.

Bumi Flores ni luas. Bayangkan nak naik bot dari Labuan Bajo ke Pulau Padar tu pun dah makan masa 3 jam.

Tidak seperti di Bali, di Labuan Bajo ni senang nak nampak masjid. Tepi jalan besar berhampiran kawasan Pelabuhan Labuan Bajo ada sebuah.

Deretan kedai-kedai ni la abang cari trip balik hari ke Pulau Padar & Pulau Komodo. Depan tu sikit kalau jalan kaki kawasan Pelabuhan Labuan Bajo, tempat naik bot keesokkan harinya.


Masjid Agung Nurul Falaq, Labuan Bajo. Tak berkesempatan abang nak rasa berjemaah kat sini.


Selesai tempah trip sailing Komodo, abang meronda pulak kat kawasan pelabuhan penyeberangan Labuan Bajo. Kawasan ni tempat yang sama dengan kawasan pelabuhan tempat naik bot untuk trip sailing Komodo, tapi sini dia ada sebuah feri besar yang akan menyeberang setiap hari dari Labuan Bajo ke Sape di Pulau Sumbawa.

Ada sebuah bangunan tempat jual tiket feri di sini. Tapi dah petang dia dah tutup. Tempat ni kalau waktu pagi memang meriah la dengan orang ramai yang nak naik feri menyeberang ke Pulau Sumbawa.

Saja la abang mai usya tempat dulu sebab abang pun akan naik feri ni semula untuk balik semula ke Bali ikut jalan laut & darat.

Pemandangan matahari terbenam kat Labuan Bajo ni memang lawa. Syahdu betul bila pikir-pikir balik tuhan bagi kesempatan kat kita untuk menjelajah muka bumi ni. Abang sendiri pun tak sangka dapat jejak sampai Labuan Bajo ni dengan plan minit-minit akhir. Rasa nak cium pipi mak pun ada waktu ni.


Saja pi meronda lepas tu. Ni pulak feri ke Sape (Pulau Sumbawa) yang akan bergerak setiap hari sekali je ada pada pukul 9.00 pagi.

Menikmati matahari terbenam di Labuan Bajo.

Feri ni yang akan abang naik untuk ke menyeberang ke Sumbawa & Lombok lepas habis trip Komodo di Labuan Bajo ni.

Tengok sunset kat labuan Bajo ni lain macam sikit berbanding tempat-tempat lain yang abang pernah sampai sebelum ni. Memang lawa, cuma kamera nak ambik gambaq ja yang jadi tak lawa.

Berhampiran dengan kawasan pelabuhan Labuan Bajo, terdapat pasar yang menjual hasil laut seperti ikan kering.

Waktu Maghrib ni orang tak berapa nak ada. Pasar ni betul-betul duduk tepi laut macam Pasar Filipina di Kota Kinabalu.

Ada pasar basah yang menjual hasil laut dan ikan kering berhampiran dengan warung kuliner Kampung Ujung Labuan Bajo ni. Tapi waktu Maghrib masa abang pi tengok tu tak berapa meriah. Petang atau pagi baru meriah pasar ni orang ramai. Pasar Labuan Bajo ni betul-betul terletak di tepi laut. Rasa macam duduk di Kota Kinabalu pulak beli ikan bilis & ikan masin kat Pasar Filipina.

Balik tu, kami pi makan dulu kat warung kuliner Kampung Ujung. Nak rasa tengok seafood dia macam mana boleh pergi.

Warung Kampung Ujung ni terletak betul-betul depan simpang Siola Hotel tempat kami menginap di Labuan Bajo ni. Ada banyak penjual kain yang berlegar-legar di kawasan warung makan Kampung Ujung ni. Depa jual kain songket dari desa adat perkampungan Wae Rebo yang terlejak jauh di pedalaman. 

Kalau hangpa nak tau pasal Wae Rebo ni hangpa ke Google tengok. Siapa yang mai Flores ni kalau banyak masa dia akan ke Wae Rebo ni. Kena hiking beb nak sampai!

Entah macam mana abang boleh terjebak jugak beli kain dari Wae Rebo ni. Ada banyak jenis kain, abang ambik kain yang paling murah dalam Rp60,000(RM20). Kalau yang mahal punya boleh cecah sampai Rp300k(RM100)!

Kadang-kadang kita mudah kesian sangat dengan penjual-penjual ni. Tapi pada masa yang sama kita pun bukan berduit. Bajet ketat betul nak buat trip Trans Nusa Tenggara ni. Tapi takpalah, dapat la jugak buah tangan dari Labuan Bajo.

Abang tak nampak sangat atau memang tak ada langsung orang jual keychain/fridge magnet kat Labuan Bajo ni. Kalau ada nak la jugak beli buat kenangan.


Wisata kuliner Kampung Ujung ni menjadi tumpuan pelancong luar yang datang ke Labuan Bajo. Tengok atas signboard ada gambar biawak komodo tiba-tiba tak lalu nak makan. Haha.

Warung-warung makan Kampung Ujung di Labuan Bajo ni terletak di tepi jalan besar. Hotel Siola abang duduk jalan depan tu sikit ja.

Jalan di Labuan Bajo ni tak berapa nak cantik sikit. Bahu jalan dia tanah lecah kalau hujan. Abang dah termasuk dalam selut dah hari tu kat tepi ni.

Ada berderet kedai makan kat Kampung Ujung Labuan Bajo ni. Sebijik la suasana dia macam kat Kota Kinabalu. Tapi kat sini tak jumpa pulak udang karang ka apa yang besaq-besaq macam di KK. Semua lauk biasa-biasa ja. Ikan dah tentu la ada. Macam-macam jenis.

Ada orang cerita kebanyakkan peniaga di Labuan Bajo ni sebenarnya bukan orang tempatan sendiri. Ada yang mai dari Sumatera & Jawa cari makan kat Labuan Bajo yang semakin berkembang menjadi pusat pelancongan.

Tapi kita boleh cam orang Labuan Bajo macam mana. Orang Flores ni kulit dia gelap-gelap sikit, muka pun garang. Tapi baik-baik semua. Selama yang abang jumpa la.

Saja la test tengok seafood dia macam mana kat sini. Sebelum makan tu kena tanya harga dulu kena tak dengan bajet.

Kami pilih ikan kerapu 2 ekor saiz biasa-biasa sahaja. Boleh suruh dia masak apa jenis pun. Bakaq ka, goreng ka semua boleh. Abang mintak dia bakaq ikan kerapu tu. Nak suruh makcik tu masak 3 rasa ka masam-masam manis takut jadi lain pulak. Tak boleh terima dengan tekak Malaysia asli abang pulak. 


Selalu orang mai makan seafood kat warung Kampung Ujung ni. Hangpa pilih ja ikan apa yang hangpa teringin nak makan. Dia akan masakkan.

Tak makan seafood boleh jugak pekena bakso lumayan kat warung kuliner Kampung Ujung ni.

Abang pesan ikan bakar malam tu. Kat tepi laut belakang tu jugak dia proses siang semua. Bakar pun kat situ.

Sesi pembakaran terbuka sedang dijalankan di belakang kedai.

Entah macam mana abang boleh terjebak boleh beli kain hitam tu kat penjual yang duk lalu lalang meniaga kain kat sini. Katanya dari


Ni dia ikan kerabu bakar yang abang pesan. 2 ekor ikan kerapu bakar, nasi putih (boleh tambah tanpa had), sayur kangkung tumis, ulam-ulaman semua sekali Rp100,000 (RM30). Puas hati makan !

Menu kami di warung kuliner Kampung Ujung Labuan Bajo.

Set yang abang makan hari tu nasi putih 2 pinggan (boleh tambah secukup rasa tanpa had makcik kedai tu kata, tapi sepinggan pun rasa dah banyak) + ikan kerapu bakaq 2 ekor + sayur kangkung tumis untuk 2 orang makan beserta ulam sambal semua dalam Rp100,000(RM30). Boleh la tu nak rasa makan seafood dengan modal RM15 sorang. 

Eh abang dan adik abang bahagi dua duit makan, hotel semua tau. Tiada tolak ansur dalam pengembaraan. Tapi abang yang selalu paw dia lebih. Haha.

Ayaq pulak kira asing. Kami minum tak nak kalah malam tuh. Masing-masing sorang jus buah naga, sorang lagi pulak jus mangga. Tapi jus kat Indonesia ni syok, macam smoothies gitu. Lembut halus. Ais tak banyak sangat. Rasa buah asli.

Kalau kat Bali dulu abang pernah minum jus buah secawan dalam RP10,000(RM3.00) ja kat tepi jalan Kuta tu. Tapi kat Labuan Bajo ni jadi mahal sikit, secawan pun dekat Rp15,000(RM4.50).

Satu sebab kawasan tumpuan pelancong sama kat warung kuliner Kampung Ujung ni. Mat-mat saleh yang duduk hotel atas bukit pun mai turun makan kat sini malam-malam.

Kenyang-kenyang balik tiduq lah apa lagi !

Yang tak syoknya Hotel Siola yang abang duduk tu air-cond pulak tak berapa nak sejuk malam tu. Kacau betul nak menikmati tidur yang sempurna.

Dah la nak kena bangun awal esok pagi ni. Pukul 5.15 a.m dah nak kena tunggu naik bot ke Pulau Komodo & Pulau Padar esok ni.

Bersambung ke Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 4: Labuan Bajo-Pulau Padar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...