Iklan

10 Disember 2017

Jambatan Darul Hana Kuching via Xiaomi Mi A1


Tahukah anda ada jambatan baru di Kuching sekarang diberi nama Jambatan Darul Hana?

Abang pun baru tahu masa minggu lepas pi Kuching. Abang pernah mai sekali Kuching awal tahun 2017. Masa tu dok tengok depa dok pacak tiang baru. Tak nampak dengan jelas lagi apa depa nak buat.

Tapi bila mai hujung tahun ni, jambatan ni dah siap !

"Jambatan pejalan kaki berbentuk S (S untuk Sarawak) sepanjang 335 meter menghubungkan Kuching Utara dengan Kuching Selatan bakal memberi satu lagi laluan pilihan kepada penduduk kedua-dua kawasan.

Disokong oleh dua kabel setinggi 45 meter daripada menara keluli dengan kecondongan 48 darjah merentangi Sungai Sarawak, jambatan itu bakal menjadi satu lagi tarikan tambahan kepada deretan struktur menarik di sepanjang lokasi tersebut"

Abang dah cuba naik 2-3 kali jambatan ni dari depan Kuching Waterfront sampai la ke Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Memang lawa !

Kalau waktu malam pulak Jambatan Darul Hana ni akan disinari dengan cahaya lampu yang berwarna-warni. Meriah betul !

Yang tak syoknya satu ja. Kalau hangpa naik jambatan ni sampai di tengah-tengah dia akan rasa bergoyang teruk macam naik feri ! Yang muntah pun ada. Hangpa kena cuba !

Nak abang belanja gambar tanpa caption yang ambang rakamkan menggunakan kamera telefon Xiaomi Mi A1.

Boleh jadi port kaki Instagram nak bergambaq ni !




































































2 ulasan:

  1. Saya pon belum pergi lagi Jambatan Darul Hana ni, haritu pergi Kuching tapi belum siap lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya abang pi awal tahun hari tu pun belum siap lagi. Baru siap sebulan yang lepas je ni.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...