Iklan

28 Mac 2018

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 5 : Dari Pulau Padar ke Pulau Komodo

Sambungan dari Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 4: Labuan Bajo-Pulau Padar


Ok. Bersambung kembali. Sebulan sekali satu entry. Abang cuba.

Kat mana kita bersambung? Oh ya, dah sampai Pulau Padar dah kita.

Dengan matahari semakin meninggi, bahang panas li lit mula terasa. Dari puncak Pulau Padar ni tadi sebenarnya dah rentung.

Cepat-cepat kami turun ke pantai sebab bot yang membawa kami akan bergerak pukul 10.00 pagi ke lokasi yang seterusnya, iaitu Pulau Komodo.

Bot kami sampai di Pulau Padar ni tadi lebih kurang pukul 9.00 pagi. Tekong bot dah pesan siap-siap awal tadi, kita cuma ada masa sejam ja kat Pulau Padar ni.

Geng mat & minah saleh satu bot dengan abang ada yang sampai awal lagi ke bot. Ada jugak yang sambil-sambil tu siap berenang-berenang lagi kat pantai Pulau Padar ni sejukkan badan.

Naik-naik bot kalau dahaga jangan risau, atas bot ada disediakan ayaq botol untuk penumpang minum. Depa bawak siap-siap boh dalam kotak ais masa nak mai pagi tadi. Jadi sesapa yang nak minum boleh ambik. Dok sejuk lagi.

Jarak perjalanan dari Pulau Padar ke Pulau Komodo mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Bertolak dari Pulau Padar pukul 10.00 pagi, sampai di Pulau Komodo dalam pukul 11.30 pagi.


Ayaq laut jernih di pesisir pantai Pulau Padar. Masa ni pukul 10.00 pagi, bot abang baru nak bertolak dari Pulau Padar ke Pulau Komodo.

Pemandangan selepas melepasi Pulau Padar. Bukit-bukau hasil letusan gunung berapi di Taman Nasional Komodo.

Pokok-pokok secotet yang tumbuh di musim kemarau. Kalau musim hujan ada rumput warna hijau ni.

Matahari rembang waktu tengahari ni tak ada sapa yang berjemur di atas bot. Semua pakat duduk di bawah. Rentung habis dah tadi naik hiking Pulau Padar.

Sampai di Taman Nasional Komodo ni hangpa tak rasa pun hangpa dok ada di wilayah Indonesia dengan bukit-bukit gersang sebegini.

Sampai di jeti Pulau Komodo, bot akan berlabuh parking di jeti ni. Ada 2-3 buah bot yang dah siap parking. Depa sampai awal. Bot yang sama jugak yang kita jumpa masa di Pulau Padar tadi.

Brader bot dah pesan dah di Pulau Komodo ni semua penumpang ada masa satu jam sahaja. Nak tengok biawak Komodo ka nak buat apa pun dalam masa sejam inilah.

Sampai tadi dalam pukul 11.30 pagi, maka dalam pukul 12.30 tengahari semua penumpang kena balik semula ke bot.

Geng mat & minah saleh bot abang laju ja menapak masuk Pulau Komodo. Abang dan adik abang ja santai pantai jalan pengantin sambil ambik-ambik gambaq.

Pasangan laki bini orang Indonesia & bini dia orang putih tu depa tak turun pun dari bot. Depa kata depa dah pernah sampai dah Pulau Komodo sebelum ni. Depa nak rehat tiduq ja dalam bot. Kru bot yang lain pun tak turun. Semua pakat lena dalam bot.

Sebelum naik bot ni lagi masa kat tour agent yang kita tempah depa dah bagitau kena bawak duit lebih kalau nak tengok biawak Komodo di Pulau Komodo ni. Kurang-kurang kena ada 1DR250k untuk ikut tour tengok biawak Komodo.

Abang & adik abang dalam dilema jugak sebenarnya nak masuk ke tak tengok biawak Komodo ni. Harga boleh tahan. IDR250k tu kalau duit kita mau dekat RM80 kalau ikut kadar tukaran matawang semasa waktu tu. 

Bayaran masuk IDR250k tu warganegara asing. Kalau orang temapatan harga lain pulak. Kalau sorang dah RM80, kalau dua orang dah RM160 semata-mata nak tengok biawak Komodo. Dengan bajet yang tak berapa nak ada ni, sampai tahap tu kami berkira. Haha.


Selamat tiba di Pulau Komodo! Dari Pulau Padar ke Pulau Komodo mengambil masa lebih kurang sejam setengah.

Bot-bot lain yang membawa penumpang dari Pulau Padar tadi akan singgah pula di Pulau Komodo.

Depa bagi masa sejam saja di Pulau Komodo ni. Ikut suka hati hangpa la nak buat apa. Nak tengok biawak komodo ka, biawak tengok hang ka.

Pulau Komodo. Satu-satunya pulau yang menjadi habitat biawak Komodo di muka bumi ini. Tempat lain dia tak hidup.

Pintu gerbang selamat datang ke Taman Nasional Komodo dalam proses pembinaan.

Oleh kerana kena tinggal jauh dengan geng mat & minah saleh tadi, abang & adik abang ambik keputusan tak ikut depa ambik tour tengok biawak Komodo tu.

Lalu kami bawak haluan sendiri buat tour sendirian berhad tengok ole-ole yang boleh didapati di Pulau Komodo ni.

Jimat dah tadi RM80 seorang boleh guna buat beli ole-ole balik Malaysia!

Ada satu deretan kedai yang jual barangan kraftangan & cenderamata yang hangpa boleh jumpa lepas turun dari jeti Pulau Komodo ni. 

Nak kata kedai pun bukan, tapi lebih kepada satu ruangan terbuka di mana penduduk kampung Pulau Komodo mencari rezeki dengan menjual hasil ukiran kayu berbentuk biawak Komodo. 

Bukan setakat ukiran kayu ja, baju, gelang rantai berkaitan dengan Pulau Komodo pun ada. Boleh la beli buat kenangan kekonon dah sampai bumi Komodo!

Adik abang la yang dok membeli belah pun. Abang lebih kepada perhati & ambik-ambik gambaq ja.

Lawa jugak abang tengok hasil ukiran kayu depa ni. Bentuk biawak Komodo pulak tu. Kalau yang kecik-kecik ni dah macam cicak pulak abang rasa.


Di Pulau Komodo ni ada satu kawasan jual cenderamata untuk pelawat yang mai.

Ukiran kayu berbentuk biawak Komodo. Tapi bila saiz kecik ni abang rasa jadi macam cicak pulak.

Penduduk Pulau Komodo mencari rezeki dengan menjual hasil kraftangan, baju, gelang kepada pelawat yang hadir tengok biawak Komodo.

Harga hasil kraftangan biawak Komodo ni ikut saiz. Kalau kecik dalam RM5-6, besaq sikit lebih kurang RM10 duit kita.

Abang tak beli pun patung kayu biawak Komodo ni. Beli baju t-shirt sehelai dua buat ole-ole. Diri sendiri tak beli apa pun. Cukuplah dengan gambar.

Tak minat patung biawak Komodo, topeng Red Indian pun ada.


Salah seorang pakcik penduduk tempatan Pulau Komodo yang menjadikan hasil kerja kayu membuat kraftangan sebagai punca pencarian mereka.

Kedai banyak, tapi pelawat yang datang tu tak berapa ramai. Jadi persaingan tu sengit la sikit. Tapi depa tak kisah pun kalau kita beli kat kedai mana-mana pun kalau tak beli kat kedai depa.


Kalau hangpa perhatikan suasana di Pulau Komodo ni dengan debu & kegersangan dia tak ubah seperti di Afrika! Ada jugak la pokok berbanding dengan Pulau Padar tadi, langsung tak ada pokok. Rentung habis!

Walaupun dikelilingi laut yang membiru, suasana di Pulau Komodo ni agak sunyi. Pelancong luar yang mai pun tak berapa nampak. Penjual cenderamata lagi ramai daripada mereka yang nak membeli.

Dengan nama Labuan Bajo & kepulauan Flores yang semakin meningkat naik saban hari, kelihatan pintu gerbang Taman Nasional Komodo yang baru hendak didirikan, tandas moden yang lebih selesa dalam pembinaan. Mungkin lepas ni kita boleh tengok keadaan Pulau Komodo yang lebih baik.

Di sebelah kawasan menjual cenderamata, ada jugak deretan warung minuman yang dibuka oleh penduduk tempatan. Yang abang nampak kedai minuman lah, makan-makan takda. Yang ada pun meggi kalau nak makan.

Harga minuman kat sini boleh tahan mahal. Dah kawasan pelancong yang jauh terpencil ni, pokok kelapa pun abang tak nampak patut la ayaq kelapa pun dekat RM10. Abang dah pekena ayaq kelapa kat sini, abang tau la. Haha.

Apa? Rugi la mai Pulau Komodo tak tengok biawak Komodo!

Haha. Tak jatuh wajib pun kalau tak tengok. Kalau hangpa ada bajet banyak dipersilakan lah ikut tour tengok biawak Komodo.

Macam abang kata tadi lah bajet abang tak keras. Abang menyesuaikan trip abang ikut kesesuaian bajet abang. Ikut cara kita.

Tapi abang bagitaulah lah kan, bila hangpa dah masuk belah kepulauan Flores ni, untuk naik bot ke apa memang dia jadi mahal sikit.

Nak ambik pakej trip balik hari dari Labuan Bajo ke Pulau Padar/Pulau Komodo semua ni pun dah makan modal jugak.

Semalam dah habis IDR550k (~RM180) semata-mata nak naik bot mai Pulau Padar/Pulau Komodo ni. Tapi memang kena la harga dia sebab jarak perjalanan bukannya dekat !


Bumi gersang di Pulau Komodo. Inilah susana persekitaran di habitat asli biawak Komodo. Ada pokok-pokok renek sikit. Sebelah kiri tempat jual cenderamata, sebelah kanan warung tempat minum air.

Abang rasa macam dekat bumi Afrika pun ada bila berada di Pulau Komodo ni. Tanah berdebu & kering kontang. Mungkin masa musim kemarau ni je kot


Siapa kata kami tak dapat tengok biawak Komodo?

Masa kami dah habis beli ole-ole, ada bapak penjual tunjukkan kami sesuatu di atas pokok betul-betul di sebelah kami.

Anak biawak Komodo!

Anak je. Haha. Kecoh lebih. Sebenarnya kalau kita perhati betul-betul kita boleh nampak anak-anak Komodo di atas pokok. Cuma perasan tak perasan ja sebab warna kulit biawak Komodo ni nak serupa kulit kayu.

Anak biawak Komodo memang duduk di atas pokok untuk mengelakkan diri mereka dari dimakan Komodo dewasa. Komodo ni haiwan karnivor. Kalau iku kata bapak tu, kalau nasib baik boleh ja nampak biawak Komodo lintas kat kawasan ni.

Kami dapat tengok biawak Komodo dewasa sekoq melintas ke arah pantai. Boleh sekadar tengok la, nak ligan tu tidak la. Biawak Komodo ni yang bahaya dia air liur dia tu yang ada bakteria membunuh.

Sebab tu kalau nak berjalan di Pulau Komodo ni wajib ditemani renjer yang bertugas. Tak boleh jalan sendiri-sendiri. Orang kampung pun siap spare kayu kot-kot ada biawak Komodo yang buat gila pi serang hendap.

Kalau hangpa tengok rusa-rusa liar yang dok meragut liar di kawasan sekitar Pulau Komodo ni yang tu lah makanan utama biawak Komodo.

Pakcik kedai tunjuk anak biawak Komodo yang duduk di atas pokok. Kalau sekali tengok memang tak perasan. Sama warna dengan pokok.

Anak biawak ni duduk atas pokok kalau ikut kata pakcik tu sebab takut dimakan biawak Komodo dewasa. Kecik-kecik ni boleh lagi la panjat pokok. Cuba yang dewasa mai, berat dah beratus kilo tak boleh dah nak panjat pokok.

Orang Pulau Komodo di sini pun walaupun setiap hari berdepan dengan biawak, keselamatan harus diutamakan. Nampak kayu-kayu tu? Depa siap-siap jugak kot-kot ada biawak tua yang lalu di kawasan ni. Air liur biawak ni dah cukup bisa untuk mematikan.

Oleh kerana waktu yang agak singkat & bajet yang tak berapa nak kena, abang & adik abang cukup sekadar tengok anak biawak Komodo di pokok. Yang besaq pun hangpa boleh nampak dok lintas kadang-kadang,

Tu bawah pokok-pokok tu ada rusa yang dok bebas meragut daun pokok-pokok renek. Tu la makanan biawak Komodo. Depa tak bela biawak Komodo di Pulau Komodo ni. Biawak Komodo hidup secara liar bersama masyarakat kampung.

Oleh kerana kami tak ikut tour biawak Komodo dengan mat-mat saleh satu bot dengan kami, kami buat tour sendiri dekat-dekat kawasan kedai cenderamata & warung tadi. Kalau nak ikut trip pendek tour tengok biawak Komodo, patut kena ada guide yang teman. Kena bayaq lebih kurang RM80 seorang, tu dah termasuk upah tour guide ler tu.

Ada rezeki hangpa boleh nampak biawak Komodo melintas. Abang nampak sekoq. Kalau nak tengok dengan lebih dekat & lebih banyak, hangpa boleh ikut trip tour pendek yang disediakan. Siap boleh bergambaq lagi dengan biawak Komodo kalau ada rezeki.

Ada tugu batas kawasan Taman Nasional Komodo lagi. Inilah laut di pesisisan pantai Pulau Komodo. Membiru setiap hari.

Ada geng-geng mat saleh yang baru habis balik dari trip tour pendek. Dalam setengah jam-45 minit je trip tu lebih kurang. Kami habiskan masa ronda tengok ole-ole kat Pulau Komodo ni. Haha. 

Memang lawa Pulau Komodo ni. Tak sempat nak jelajah habis sebab bot yang bawak kami cuma berhenti sejam ja kat sini.

Jeti pendek ni penduduk tempatan Pulau Komodo guna untuk naik bot balik ke kampung mereka. Bukan tak boleh jalan kaki balik, tapi sejam lebih baru sampai. Tu tak kira jumpa biawak Komodo lagi. Naik bot cepat sikit.

Ada la monumen 'Komodo National Park World Heritage Site' untuk sesapa yang nak bergambaq kat sini. Macam kat Afrika bukan?

Taman Nasional Komodo atau Komodo National Park ini merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Penampakan biawak Komodo tengah merayap santai di tepi pantai.

Papan tanda Kementerian Lingkungan Hidup & Kehutanan. Yang lain tu abang faham la agak-agak. Seksi tu natang apa? Seksyen kot?

Taman Nasional Komodo jugak terpilih di antara 'New 7 Wonders of Nature' yang mana ianya dipilih menerusi undian orang ramai dari seluruh dunia.

Contoh-contoh trek yang boleh digunakan untuk melihat biawak Komodo. Ada trek pendek, medium dan panjang. Selalunya pelawat akan ambik yang pendek je sebab tak cukup masa.

Ni contoh bapak renjer yang akan teman hangpa kalau nak tengok biawak Komodo. Tak boleh bergerak sendirian, takut macam kes pelancong Singapura tahun lepas yang kena gigit biawak sebab tak ada renjer guide.

Lagi bapak renjer yang sedia untuk bawak kita trekking tengok biawak Komodo. Tapi kami nak jimat IDR250,000 (~RM80) punya pasal, jadi kami lepak kawasan luaq ni ja dah cukup menarik dah. Duit tu beli ole-ole. Haha

Sedikit info berkaitan biawak Komodo. Varanus Komodoensis nama santifik dia. Sebut betul-betul. Takut bunyi lain pulak keluar kang.

Ruang berteduh sambil-sambil cedok ilmu berkaitan Taman Nasional Komodo dan biawak Komodo tu sendiri.

Brader baju hitam tu kru bot abang tu. Kat mana kami berhenti dia pun turut sekali lepak. Cemuih jugak dok tiduq atas bot pun.

Haa kalau tetiba keluaq gambaq ni ada biawak la tu. Cuma abang sendiri pun tak cam kat mana. Mungkin dia melintas kot. Haha

Kita lepak minum dulu sat sebelum bergerak balik ke bot yang dah menunggu tu. Ni warung yang terdapat bersebelahan dengan kedai cenderamata tu. Nampak daif la sikit, ada jual ayaq ja. Makanan maggi ada la kot.

Pekena ayaq syoq dulu sebiji. Saja buat eksyen minum ayaq nyoq Pulau Komodo. Kena sebiji Rp30k (~RM10)

Ni bot orang-orang kampung Pulau Komodo la ni yang mai berniaga kat pintu masuk jeti. 

Tengok jam dah dekat pukul 12.30 waktu tempatan. Kena balik semual ke bot untuk ke lokasi seterusnya iaitu Pink Beach.



Selamat tinggal Pulau Komodo!

Kembalilah kita berjalan kaki ke bot.

Ada bot lain yang dah gerak dulu.
Keindahan Pulau Komodo dengan laut yang membiru.



Kena langkah bot ke bot. Bot abang yang hujung sekali tu.

Abang dan adik abang jalan perlahan-lahan menuju ke bot selepas pekena ayaq kelapa.

Seperti yang dijanjikan, dalam pukul 12.30 tengahari abang sampai semula ke bot. Geng mat saleh yang satu bot dengan abang depa sampai lewat sikit. Dok tunggu depa sat dalam 5 minit.

Makan tengahari tak lagi ni. Perut pun dah lapaq. Takpa, dalam bot sat lagi depa bagi jamu makanan yang kita bungkus siap-siap pagi tadi.

Lokasi seterusnya selepas Pulau Komodo ni adalah Pantai Pink atau dalam bahasa Inggerisnya 'Pink Beach'.

Dari Pulau Komodo ke Pink Beach dah tak jauh dah, lebih kurang setengah jam perjalanan sahaja. Dalam setengah jam tu sempat la hangpa makan nasi bungkus yang hangpa bawak tu.

Nanti abang cerita dalam bahagian seterusnya.

Trip Segera Nusa Tenggara | Dirakam sepenuhnya menggunakan kamera telefon Xiaomi Mi A1


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...