Iklan

19 November 2015

Backpaking Bajet Penang | Roti Bakar Transfer Road & Ais Kacang Chowrasta

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you



Nak letak tajuk catatan 'Dengan Drone Abang Backpacking' tapi rasa macam tak kena pulak.

Jadi abang tukar la kepada tajuk 'Backpacking Bajet ke Pulau Pinang'. Sedap sikit didengar. 

Abang berkesempatan ke Penang hujung minggu lepas bersama adik abang. Trip adik-beradik dengan tema 'bajet backpacking' ni berlangsung selama 2 hari 3 malam. Bukan, bukan ambik pakej ke apa. Trip sendirian berhad sahaja.

Mana yang mai 3 malam tu? Dua malam bermalam di dalam bas ekspress dan semalam di hotel bajet Batu Feringgi. Takpa, nanti kita cerita panjang hat tu.

Bajet kami ciput ja. Modal keseluruhan trip backpacking bajet ke Penang ni tak sampai RM150 pun seorang termasuk kos pengangkutan, penginapan dan makanan.


Gambaq tema. Terminal Feri Raja Tun Uda, Georgetown.


Mod Pengangkutan


Ok. Meh abang nak sembang kemaih pasal trip Penang ni.

Menjadi tabiat atau kebiasaan abang bila nak buat sesuatu trip, tak ada itinerary khusus untuk sesuatu perjalanan itu. Gaya abang hanya sekdar 'follow the flow'. Sesuatu yang tak dirancang itu kadangkala lebih menarik dan menyeronokkan. Tak ada nak booking hotel ke apa, cuma risik-risik sikit ja di internet kemudian angkat beg dan terus jalan.

Sebelum tu abang terpikir mod pengangkutan yang murah dan sesuai untuk ke Penang. Mencari tiket tren KTMB kelas ekonomi ke Butterworth tapi takda pulak. Yang ada kerusi kelas kedua yang berharga RM 34.00. Harga sama macam bas, tapi kena bertolak pada waktu siang pulak tu dan masa perjalanan lagi lama daripada bas.

Nak naik tren murah kelas ekonomi pun boleh dari KL Sentral tapi kena berhenti sama ada di Parit Buntar atau pun di Sungai Petani. Kemudian kena tukar naik bas lagi ke Butterworth. Jadi banyak kerja dan makan masa sikit. Nak beli tiket tren KTMB pun satu hal, selalu sangat habis. Kena booking awal kalau  nak naik keretapi.

Jadi bas ekspress yang menjadi pilihan abang. Tiket bas ekspress Transnasional dari Hentian Duta ke Butterworth juga dibeli pada hari kejadian. Abang pilih bas paling lewat sekali pada pukul 12.45 pagi. Tiket bas berharga RM 34.60 sehala. Jadi boleh tidur dalam bas malam pertama tu.

Tulis 12.45 pagi, tapi pukul 1.00 pagi jugak baru bas bertolak dari Hentian Duta. Bas penuh dengan penumpang. Hujung minggu barangkali. Dah lama kiranya abang tak naik bas ekspress macam ni. Selalu dok layan naik skuter Yamaha Nouvo LC abang ja jalan sana-sini.

Lebih kurang pukul 5.00 pagi, bas ekspress Transnasional akan menurunkan penumpang di Terminal Bas Sungai Nibong di sebelah pulau. Baru lepas tu bas akan ke Hentian Butterworth menurunkan baki penumpang. 

Kalau ikutkan abang nak turun di Sungai Nibong pun boleh tapi saja abang nak turun di Butterworth. Boleh naik feri ke Georgetown. Lebih jimat. Kalau tidak, boleh jugak naik Rapid Penang dari Sungai Nibong ke Georgetown.

Untuk pengetahuan, tiket bas ke Sungai Nibong lebih mahal dari tiket ke Butterworth jikalau anda dari Kuala Lumpur. Tiket bas ekspress ke Sungai Nibong berharga RM 38.00 manakala ke Butterworth hanya RM 34.60. 


Bas Transnasional menurunkan penumpang di Terminal Bas Sungai Nibong, Penang.

Bas menurunkan baki penumpang di tepi jalan berhampiran Stesen Bas Butterworth atau juga dikenali dengan nama Penang Sentral.

Pukul 5.30 pagi, dah ramai rupanya orang di Stesen Bas Penang Sentral di Butterworth ni.

Abang syak geng backpackers wanita yang turut sama inin ke Penang.

Surau Terminal Bas Penang Sentral. Dibuka jam 5.30 pagi. Kata pak guard yang bertugas, kalau tak kunci awal ramai yang masuk tiduq dalam surau ni !

Lepak minum dulu di satu-satunya kedai yang dibuka pagi tu di Penang Sentral.

Bas Rapid Penang yang mula beroperasi jam 6.00 pagi setiap hari. Pukul 5.45 pagi, berduyun-duyun bas mai Penang Sentral ni.

Ada berpuluh-puluh platform bas di Penang Sentral ni. Bas Transnasional ke Kangar dah bersiap-sedia memulakan perjalanan awal pagi.

Ruang menunggu bas siap dengan bangku kayu di hadapan platform.


Suasana di sekitar Terminal Bas Penang Sentral di Butterworth dah meriah dengan orang ramai seawal jam 5.30 pagi. Bas Transnasional yang abang naik menurunkan penumpang di tepi jalan. Pemandu teksi berlari berkejaran mencari penumpang bila ada bas ekspress yang berhenti.

Turun dari bas sementara menunggu waktu Subuh, abang lepak minum dulu di sebuah kedai yang ada di Terminal Bas Penang Sentral ni. Lama dah abang tak jejak stesen bas ni sejak meninggalkan UiTM Pulau Pinang dulu. Sebelum Terminal Bas Penang Sentral ni beroperasi, dulu ada sebuah terminal bas sementara yang didirikan di sini. Kawasan permainan abang juga dulu ni.

Surau di Penang Sentral gelap dan berkunci. Abang tanya pak guard pukul berapa surau baru buka. Katanya pukul 5.30 pagi. Cerita dia sebelum ni surau tak berkunci. Tapi orang ramai yang sampai awal pagi di Penang Sentral boleh bantai tiduq dalam tu.

Di luar surau kalau hangpa dapat tengok dalam gelap-gelap tu, ada penampakan makhluk yang sedang tidur di atas bangku. Abang lepak minum sampai surau buka. Pada masa yang sama, bas-bas Rapid Penang mula memenuhi kawasan sekitar Penang Sentral bagi memulakan operasi seawal jam 6.00 pagi.

Selesai solat Subuh, rancangan abang seterusnya adalah untuk menaiki feri dari Butterworth ke Georgetown di sebelah pulau. Waktu operasi feri Pulau Pinang bermula seawal jam 5.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 malam. Boleh ja sebenarnya kalau nak naik feri terus pukul 5.30 pagi tadi bila turun dari bas. Saja la lepak bagi cerah dulu baru naik feri.

Sementara menunggu hari cerah, abang meronda dulu dalam Stesen Keretapi Butterworth dekat-dekat Terminal Bas Penang Sentral. Sebelum ni stesen ni dalam proses renovasi. Tiket balik tak ada lagi. Saja la riki-riki kot boleh naik tren balik Kuala Lumpur nanti.


Perkhidmatan KTM Komuter Sektor Utara yang baru dilancarkan bulan September lalu. Bermula dari Kamunting melalui Butterworth hingga ke Gurun.

Budak-budak sekolah buat lawatan naik ETS baq hang !

Jadual perjalanan perkhidmatan KTM Komuter sektor utara yang berulang-alik di antara Kamunting-Butterworth-Gurun.

Stesen Keretapi Butterworth di waktu pagi.

Pandangan rel keretapi Butterworth dari jejantas laluan pejalan kaki menuju ke feri.

Naik tangga turun tangga mengikut laluan berbumbung ke tempat menunggu feri.

KTM ETS (Electric Train Services) yang berlepas dari Stesen Keretapi Butterworth.


"Tren Indonesia, tren Vietnam semua hang pernah naik tapi tren Malaysia sendiri hang tak pernah naik !"



Abang merujuk kenyataan itu kepada diri abang sendiri. Memang betul abang tak pernah naik tren antara-bandar KTMB ni. Kalau KTM Komuter tu biasa la jugak naik. Teringin jugak nak naik, tapi dari segi kos dan masa tu agak membataskan.

Abang cuba nak naik ETS balik KL dari Butterworth tapi tiketnya pulak berharga RM 59.00 sehala untuk seorang dewasa. Kalau naik bas tak sampai pun RM 35.00. Nak dekat sekali ganda dah tu harga dia. Dengan bajet ciput di tangan, abang lupakan sementara hajat abang itu.


"Bertabahlah nak, kita balik naik bas nanti"


Pukul 7.00 pagi, langit mulai cerah. Abang keluar dari Stesen Keretapi Butterworth menuju ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim. Jauh juga kena berjalan kaki naik tangga turun tangga menggunakan jejantas dan laluan berbumbung. Bagi golongan orang tua dan orang kurang upaya (OKU) pulak ada bas shuttle percuma yang disediakan setiap 15 minit sekali.

Harga tambang feri Penang hanyalah RM1.20 sahaja untuk seorang. Perlu bayaq sekali sahaja sewaktu pergi. Sewaktu balik tak payah bayaq dah.

Dekat sini tak ada sistem tiket. Cuma perlu sediakan duit syiling sahaja. Masukkan duit syiling ke dalam mesin dan jalan. Kalau hangpa tak ada duit syiling jangan risau, ada kaunter khas yang disediakan untuk tukaq duit syiling. Tapi kena beratur la sikit.

Elok lepas abang bayaq tambang feri dekat mesin, feri dah siap nak berlepas. Berlari berkejaran seindah bunga di taman abang. Mujur dapat lepas. Kalau tidak kena menunggu la feri lain sampai pulak.


Tingkat bawah feri untuk kenderaan. Penumpang feri ditempatkan di tingkat atas.

Sesetengah feri tingkat atas boleh bawak masuk kereta.

Sinar mentari mula memancarkan sinarnya di Terminal Feri Sultan Abdul Halim, Butterworth.

Feri Pulau Kapas baru tiba.

Penumpang feri bersiap sedia untuk keluar.

Feri meningggalkan jeti Butterworth menuju ke Georgetown.

Boleh nampak obor-obor dari atas feri.

Kapal-kapal tangki yang berlabuh di perairan Pulau Pinang.

Menghampiri Pulau Pinang. Kelihatan Komtar dikejauhan.


Turun dari feri di Terminal Feri Tun Raja Uda di sebelah Georgetown, rancangan kami seterusnya adalah mencari tempat bersarapan pagi di Penang ni. Selalu orang luaq depa mai Penang buat sesi 'food hunt' atau 'jalan-jalan cari makan'. Dah sampai syurga makanan di Penang haruslah cari makanan sedap-sedap. 

Sebelum cari sarapan, abang lepak dulu di Tanjung City Marina bersebelahan dengan Terminal Feri Raja Tun Uda. Kalau dulu kawasan ni ada bot-bot layar berlabuh tapi sekarang ni dah tak ada. Pagi-pagi ni tak ada orang nak lepak dekat sini sebab panas terik. Apa-apa pun terbang drone ambik gambaq dulu.

Tanjong City Marina adalah marina pertama di Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandaraya Warisan GeorgeTown. Pemandangan dari Tanjung City Marina cukup menarik. Boleh nampak feri bertukar ganti tiba dan berlepas. Tak jauh dari sini, kelihatan kapal mewah Star Cruise berlabuh di Jeti Swettenham.

Tahukah anda, Penang dan Butterworth tidak dikenali dengan nama tersebut di tahun 70-80an? Orang lebih mengenali Penang sebagai 'Tanjung' dan Butterworth pula dipanggil 'Bagan' oleh penduduk setempat.

Contoh ayat,

"Hang nak pi mana tu ?"

"Aku nak pi tanjung sat cari marka ! "

Begitulah kisahnya. Jangan terpinga-pinga pulak lepas ni bila dengaq ayat-ayat ni.


Senibina bangunan Wisma Kastam di bandar Georgetown, Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Gigih menjinjing drone naik turun bas dan feri ke Penang.

Terminal Feri Raja Tun Uda, Geogetown dari pandangan udara gaya drone.

Ikon Pulau Pinang. Hanya dua buah feri yang beroperasi pada pagi tersebut.

Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang.

Komtar berlatarkan bukit bukau. Di situlah terletak Bukit Bendera.

Tanjung City Marina dan Jeti Swettenham tempat Star Cruise berlabuh.

Pemandangan dari udara Tanjung City Marina, Penang.

Dah siap ronda dengan drone kena kemas balik. Itulah rutin kehidupan.



Bas Percuma CAT (Central Area Transit) Penang


Selesai melepak main drone di Tanjung City Marina, kami bergerak menuju ke Terminal Bas Weld Quay yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Terminal Feri Raja Tun Uda. Kalau hangpa turun dari feri, hangpa akan perasan terminal bas ni ni sebelah kiri anda. Nampak bas Rapid Penang tengah bersusun itulah dia.

Dari Terminal Bas Weld Quay atau juga disebut dengan nama 'jetty' ni, ada bermacam jenis laluan atau jurusan bas Rapid Penang ke seluruh pelusuk pulau. Hangpa sebut ja nak pi mana semua ada. 

Bas nak pi Batu Feringgi? Ada.

Nak pi Balik Pulau? Ada.

Senang bukan?

Tapi kami nak meronda dalam bandar Georgetown ni dulu cari sarapan pagi. Ceritanya nak pi pekena roti canai dan roti bakar di Jalan Transfer. Sebelum ni dah 2-3 kali dah abang makan dekat sini, tapi selalu mai naik kereta.

Sekarang ni kami mai Penang naik bas ja. Macam mana nak pi Jalan Transfer? Nak menapak jalan kaki pun boleh, tapi berpeluh la ketiak nanti.

Tak tau nak naik bas apa? Jangan buat kalut. Hangpa boleh cuba naik bas percuma CAT (Central Area Transit) Penang. Perkhidmatan bas pengantara percuma ini meliputi kawasan sekitar Georgetown atas inisiatif Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Rapid Penang.

Sepanjang laluan perjalanan bas percuma CAT Penang ni, dia akan berhenti di sebanyak 19 hentian. Tak boleh sesuka hati tekan loceng nak turun mana yang kita nak, dia akan berhenti hanya di stesen khusus. Perkhidmatan ini bermula seawal jam 6.00 pagi dan berakhir 12.00 malam setiap hari.

Untuk ke Jalan Transfer, kami naik bas percuma CAT Penang ni dan berhenti di hentian nombor 11. Sebelum tu bas akan melalui Jalan Penang sekitar area Chowrasta dan juga Komtar untuk mengambil dan menurunkan penumpang.

Rugi la kalau hangpa mai Penang tak guna perkhidmatan bas percuma ni. Bukan kena bayaq pun. Yang naik kebanyakan adalah pelancong luar dan pekerja asing. Orang kita syok lagi naik kereta bayaq parking. Jem pun tak apa. Janji dapat dok dalam aircond.

Boleh tengok peta laluan mana yang dilalui perkhidmatan bas percuma CAT Penang ini.




Terminal Bas Weld Quay atau 'Jetty' bersebelahan Terminal Feri Raja Tun Uda.

Cari Lane CAT ni di Terminal Bas Weld Quay. Ada bas CAT di situ. Naik ja terus.

Bas CAT akan bertolak dengan kekerapan waktu 15 minit sekali. Ada 3 buah bas semuanya.

Roti Canai & Roti Bakar Jalan Transfer, Penang


Tak payah picit loceng, bas percuma CAT Penang akan berhenti di hentian nombor 11 iaitu stesen bas Jalan Transfer. Maka untuk sampai ke warung roti canai & roti bakar Jalan Transfer yang diperkatakan tu kena menapak la sikit.

Kaki-kaki makan yang pi menerjah Penang mesti tau mana lokasi sarapan pagi mana yang menarik di Penang ni. Dalam senarai mereka abang syak salah satunya adalah Roti Canai Jalan Transfer ni.

Kami sampai di warung tersebut dekat pukul 9.00 pagi. Walaupun orang ramai, Layanan yang diberikan boleh dikatakan cukup baik. Kami duduk di meja hujung tepi jalan besar berhampiran warung roti bakar telur goyang.

Abang pesan satu set roti bakar (didatangkan sekali dengan telur) dan ayaq suam. Adik abang pulak roti canai bersama ayam. Nak sebut kuah ayam ja, tapi tersebuit ayam. Memang dia bawak la ayam seketui !

Walaupun tokey roti bakaq dan tokey roti canai Jalan Transfer ni lain-lain, tapi hangpa boleh ja nak order apa pun. Siap dia hantar roti bakar dan roti canai yang dipesan tadi, siap-siap la hangpa keluaq duit bayaq !

Harga menu yang dipesan :

Roti bakar telur goyang + air suam = RM 3.50

Roti canai banjir + peha ayam seketul + teh ais = RM 8.50


Roti bakar Jalan Transfer ni memang layan. Rasa semua cukup. Dia guna roti benggali yang disapu dengan marjerin pulak. Kalau guna roti Gardenia tak jadi !

Selama ni abang dok dengaq kari ayam dan kari daging di warung roti canai Jalan Transfer ni orang kata sedap tapi abang tak pernah cuba. Selalu duduk makan roti canai dengan kuah kosong ja. Abang cuba rasa ayam yang adik abang pesan sebelum tu, memang sedap pun ! Padanlah dengan harga.

Mana nak cari Roti Canai Jalan Transfer ni ? Nah abang bagi GPS koordinat. Jangan tanya pulak macam mana nak cari dalam Google Maps.

Roti Canai & Roti Bakar Jalan Transfer

GPS Coordinates: N5 25.238 E100 19.839

Adik abang dengan beg merah jambunya. Tengah menapak cari warung roti canai Jalan Transfer la ni.

Sampai sudah destinasi kita di Roti Bakar Jalan Transfer.

Roti Bakar Jalan Transfer. Roti garing dengan aroma marjerin. Menggiurkan ke? 

Alhamdulillah. Sarapan pagi kami di Jalan Transfer.

Ayaq tangan makcik pakcik. Roti bakar Transfer Road dalam pembikinan.

Dah sudah makan, apa lagi ! Jenguk-jenguk la minta resepi ! Bukan berselfie !

Ais Kacang & Cendol Chowrasta


Matahari sudah semakin terik. Bahang panas sudah mula terasa. Dah selesai sesi sarapan pagi di Jalan Transfer, kami menggalas beg berjalan kaki menuju ke Jalan Penang. Pelancong-pelancong luar mula kelihatan di Pasar Chowrasta.

Program kami yang seterusnya adalah ke Bukit Bendera. Sejak keretapi elektrik yang baru di Bukit Bendera ni, abang tak sempat lagi nak cuba. Selalu mai musim perayaan tu dia panjang punya beratur dari luar. Yang lama sebelum tu warna merah pernah la naik. Tapi yang tu lambat. Yang ni depa kata laju. Nak kena cuba jugak ni.

Sebelum ke Bukit Bendera kami meronda-ronda di Pasar Chowrasta. Peniaga-peniaga jeruk dah siap bukak kedai. Kalau mai Penang wajib la beli jeruk di Chowrasta ni. Lebih-lebih lagi jeruk buah pala.

Dalam meronda-ronda tu, terpikir nak pekena ais kacang. Mengidam nak makan macam-macam bila sampai Penang. Lebih daripada orang mengandung.

Mana nak cari ais kacang dan cendol yang sedap di Penang ni? Dari Pasar Chowrasta hangpa cari dulu arah Komtar. Bila dah kenal pasti arah kiblat Komtar, maka tunggu apa lagi berjalan kakilah hangpa ke arah sana. 

Akan ada lorong kecil di sebelah kiri anda nanti yang diberi nama Lebuh Keng Kwee. Boleh nampak dua warung cendol yang menghadap satu sama lain. Di situlah port abang selalu pekena ais kacang dan cendol bila berkunjung ke Penang.

Satu kedai nama Penang Road Famous Chendol & Ais Kachang dan satu lagi pulak Penang Road Famous 'Teochew' Chendol & Ais Kachang. Masing-masing ada pelanggan mereka yang tersendiri. 

Yang selalu penuh belah Ais Kacang 'Teochew' tu, tapi abang lebih gemar lepak belah lagi satu yang kurang orang. Siap ada kerusi meja boleh duduk. Kalau belah sana kena makan berdiri la jawabnya.

Nah disertakan alamat dan GPS koordinat bagi yang mencari ais kacang dan cendol sedap di Penang.

Penang Road Famous Ais Kachang & Chendol


Lebuh Keng Kwee, (off Penang Road), George Town, Penang, Malaysia

GPS: 5.417240, 100.330615



Jalan Penang yang semakin sibuk di awal pagi.

Kedai-kedai pakaian dan cenderamata dah mula buka.

Penang Road Famous Chendol & Ais Kachang. Tempat abang selalu pekena ais kacang di Penang.

Ais kacang berperisa sarsi dapat ditemui di sini. Bahan-bahan tak kedekut.

Warung ais kacang sebelah yang selalu ramai. Tapi makan kena berdiri.

Ada rombongan universiti ke warung cendol Jalan Penang.

Kedai jeruk di Pasar Chowrasta.

Boleh beli buat tangan untuk dibawa balik di Pasar Chowrasta.

Pakcik ni bersama teksi sapunya di Jalan Penang.

Menunggu bas Hop On Hop Off Penang di Pasar Chowrasta.

Alhamdulillah. Hari pertama di Penang trafik dilaporkan terkawal dan berjalan lancar. Pagi-pagi lagi macam-macam makanan dah berjaya sumbat masuk perut. Roti bakar Transfer Road dan ais kacang menjadi mangsa pertama.

Ok berbalik pada cerita nak pi Bukit Bendera tadi.

Macam mana nak naik bas dari Pasar Chowrasta ke Bukit Bendera? Ada banyak pilihan sebenarnya. Nak naik bas Rapid Penang pun boleh. Tapi kami nak cuba sesuatu yang lain. Yang pastinya kena dengan bagi bajet kami. Bukan senang nak cuba peluang macam ni seumur hidup.

Apa dia?

Dengan modal RM5, kami nak naik bas Hop On Hop Off Penang !

*Krik krik krik. Teruja sesorang.

Natang apa pulak Hop On Hop Off tu? Kita simpan dulu bab ni dan akan abang sambung di bahagian seterusnya !


P/s : Gambar banyak dirakam menggunakan SJCAM SJ4000 Wifi. Senang sikit guna kamera aksi ni berbanding telefon. Kalau tengok gambar macam 'wide angle' dan melengkung tu maknanya guna SJCAM SJ4000 Wifi la tu.

Bersambung ke Backpacking Bajet Penang | Bukit Bendera & Batu Feringghi


Catatan setiap bahagian Trip Backpacking Penang

20 ulasan:

  1. wah...nak cuba le ke penang naik bas...selama ni naik kereta je..cuba menjadi orang muda.

    BalasPadam
  2. Eh, penang pun ada promosi RM 5? melepas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh Penang pun haruslah ada jugak macam Hop On Hop Off Kuala Lumpur !

      Padam
  3. maklumat sgt teliti... time baca rasa mcm dah berjalan kat penang...

    BalasPadam
  4. gigih ceq baca sampai abes entry ni.. orang citer pasal kampung ceq ehehe..
    best lah ada drone.. nak kena menabung la beli sbijik.. tapi tu laaa nak usung nak bukak nak pasang nak kemas tu yang ceq isk.. rimas ahaha.. tapi gambaq lawa laaaa dari ataih semua dapat..

    =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai masa kena beli sebijik dah tu !

      Padam
  5. power bos entry ni, kasi banyak jugak guide nak pi sana nanti! nice one bruh!

    BalasPadam
  6. Tq bro! info byk.. senang nak refer.. ;) kami pun nk pi ujung minggu ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure !

      Baru perasan ada orang komen ni. Hihi.

      Padam
  7. Teruja baca..dah lama nak pi Penang mcm ni..nak pi sorang2 huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih !

      Dah sampai seru dah tu jalan Penang !

      Padam
  8. assalam..um apa nama CAT bus stop kat little india tu eh??bus stop tu nombor 15 atau 16??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Saya pun tak pasti. Nombor bus stop lagi la tak hingat. Tengok Little India terus turun ja.

      Padam
  9. Tempat tido bajet tau x? Cadang nk stay ferenggi

    BalasPadam
  10. As Salam Bro..

    Dekat Mana Ye Nak Tunggu Shuttle Percuma Untuk Warga Tua Yg Disediakan Setiap 15 Minit Tue, Saya Pergi Ke Penang Pada 6/12 Nie.

    Terima Kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Bas shuttle kalau turun feri terus je pergi stesen bas yang bersebelahan dengan terminal feri tu. Ada banyak bas Rapid Penang kat situ. Cari bas tertulis 'CAT'.

      Kalau tempat lain pulak periksa laluan bas tersebut, mana yang dia lalu boleh je tahan bas tu nak naik.

      Padam
  11. Alhamdulillah...

    Dah Jumpa Kebetulan Nak Beli Tiket Ets Balik Kl, Ehh Apsal Ramai Warga Emas Depan Ktm Butterworth Nie... Rupanya Selama Nie Shuttle Free Nak Ke Feri Mmg Tunggu Dekat Situ,

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...